detik berlalu
terkadang pantas
terkadang perlahan
sesekali terasa umpama meniti bara api menyala
sakit, pedih
sesekali terasa umpama melalui sungai yang damai
tenang, indah
begitu hidup ini
adakala dipenuhi gelak ketawa
adakala diisi dengan tangisan
mungkin itu tak bererti pada sesiapa
tapi amat bermakna dalam hidupku
jika dihitung detik aku dan dia
tak pernah tersisa rasa
kerana semua telah kuberikan padanya
tak perlu ada rasa curiga
tak perlu ragu pada apa yang kau rasa
itu adalah yang terindah pernah aku ada
andai kata Tuhan mengizinkan kita terus bersama
doaku tak putus agar kita kekal hingga ke syurga
supaya ia kekal dengan rasa yang diredhaiNya
yakinlah aku mencintaimu
kerana kau juga mencintaiNya
dan mendekatkan aku padaNya
hanya cintaNya yang menyatukan cinta kita
tiada ganti kerana cinta padaNya kekal selamanya
No comments:
Post a Comment